Rabu, 12 September 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah...

Wahai Manusia, Dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataKu ini dan sampaikanlah ia kepada 0rang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap 0rang Muslim sebagai Amanah Suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar 0rang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan (Allah S.W.T) kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan Riba, 0leh itu segala urusan yang melibatkan Riba dibatalkan sekarang.

Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dlam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainya keculi dalam Taqwa dan beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada satu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain Agama Baru. Oleh itu Wahai manusia, Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang telah Aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selam-lamanya. Itulah Al-Quran dan SunnahKu.

Hendaklah 0rang-0rang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada 0rang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataKu dari mereka yang terus mendengar dariKu. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

Rabu, 30 Mei 2012

Azab SiKsaan kubur PastI bErlaku..


Sebelum kita berpindah ke alam akhirat kita akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan disana kita akan menjawab soalan ditujukan oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir kepada kita. Disinilah penentu kejayaan dialam akhirat nanti sama ada kita akan ke syurga atau neraka. Disinilah siksa kubur yang amat dasyat. Bagaimanakah kita akan menghadapinya???

Hadis Abi Said mengatakan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga."

Apa pun orang yang beriaman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah s.w.t tidak kira dimana mereka dikuburkan. Bagaimanakah kita akan menghadapi persoalan dialam kubur nanti??

Abul-Laits meriwayatkan dengan senadanya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata :

Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda :

"Berlindunglah kamu kepada Allah s.w.t dari siksaan kubur." Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali.

Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi :

"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya Malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang Malaikat Maut dan duduk dekat dikepalanya dan memanggil : "wahai roh yang tenang baik, keluar menuju pengampunan Allah s.w.t dan redhaNya."

Sufyan Ats-Tsauri berkata :

Barang siapa yang banyak mengingat kubur maka ia akan mendapatkan kubur itu sebagai salah satu taman-taman syurga. Dan barangsiapa yang lalai kepada kubur maka ia akan mendapatkan kubur itu sebagai salah satu jurang dari jurang-jurang neraka."

Gambar dibawah ini dahulunya digembar gemburkan tentang siksa kubur bagi orang islam tapi sebenarnya gambar ini adalah seorang yang telah murtad dan dasyat seksaan bagi orang yang berpaling dari ajaran islam.

Menurut dari cerita dia seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal disalah satu rumah sakit di Oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam dikuburkan yang disaksikan oleh ayahnya.
Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit setelah dimandikan dikapankan secara islam dihari itu juga. Tetapi setelah dikuburkan ayahnya merasa ragu atas diagnosis doktor dan menginginkan menentukan kebenaran penyebab kematiannya.
Seluruh kerabat dan teman-temannya begitu terkejut saat mereka melihat keadaan mayat.

Mayat tersebut begitu berbeza dalam 3 jam sahaja. Dia berubah nampak keabu-abuan seperti yang sudah tua. Siksaan dan pukulan yang amat keras jelas tergambar, dan tulang-tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga seluruh badan dan mukanya lebam. Matanya yang terbuka memperlihatkan ketakutan dan kesakitan. Darah yang begitu jelas menandakan bahawa pemuda tersebut mendapat siksaan kubur yang amat berat.

Pengajaran dari kematian tersebut semuanya ditunjukan dari pengetahuan ilmu tentang islam dan tiada keraguan keterangannya, bahawa siksa kubur itu benar-benar terjadi sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w.







Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..



Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...
Semua gambar ini akan menginsafkan diriku dan rakan-rakan sebagai renungan bersama bagi memperbaiki kesilapan silam. Alam sesudan mati memberi peringatan bahawa tidak akan kekal kehidupan kita dibumi ini.