Isnin, 7 November 2011

Keampunan.


Bagaimana dihari kelak ketika ku dikembalikan kepada mu Ya Allah...

Adakah ketika itu Pahala didalam diri ku sudah cukup untuk ku bawa kealam kematian...???

Adakah ketika itu kitab hisab diberi ditangan kanan ku..?? atau sebaliknya??

Adakah ku berjaya menjalankan tanggungjawab ku sebagai hamba dibumi mu Ya Allah..

Adakah ku berjaya meniti titian mu Ya Allah??
Semuanya terletak pada amalan ku..

Adakah amalan ku selama ini diterima..

Adakah ku seorang anak yang baik kepada kedua ibu bapa ku??

Adakah ku seorang ketua keluarga (suami/ayah) yang baik bila ku sudah berkahwin nanti??

Adakah ku mampu untuk membimbing isteri dan anak-anak ku???

Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk menjadi hambamu yang sentiasa bersyukur dan meletakkan kepala separas kaki(sujud kepada mu,merendahkan diri) selalu..

" Ya Allah yang maha besar segala puji bagimu...kau lindungi hamba mu ini dari segala keperitan hidup, dari segala kejahatan makhluk didunia (jin,syaitan,binatang,manusia).. sesungguhnya hanya engkau yang menguasai umbun-umbunya (gerak-geri mereka) permudahkan lah perjalanan hidupku...aku bermohon kepada mu...dengan namamu yang maha permurah dan maha pengasih...aku bermohon kau berkati dan restui hubungan aku dan isteriku...kau berikan kami pertunjuk dan hidayah mu untuk membina satu magligai yang hingga ke pintu syurga mu Ya Allah... YA Allah yang maha Agung, limpahkan rezeki kami, berikan lah kebahgiaan kepada kami,satukan hati kami agar dapat mengharungi kehidupan kelak dengan sempurna...amin3 amin ya rabbal alamin".

Selasa, 1 November 2011

Ayat kuRsi

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Ertinya :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepada-Nya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

*Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
*Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya.
*Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis Al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
*Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fadzilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
*Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk Allah s.w.t, tetapi adalah KURSI itu arsy atas kebesaran Allah s.w.t.


Anatara Kelebihan Ayat Kursi :

1. Barangsiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja  (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudaratkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2. Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah s..w.t akan mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga subuh.

3. Mereka yang mengamalkan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah s.w.t daripada gangguan serta hasutan syaitan.

4. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, Insyallah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.


5. Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah s.w.t menganugerahkan hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah s.w.t melimpahkan kepadanya rahmat.

6. Barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah s.w.t mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

7. Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah s.w.t akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

8. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah s.w.t hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

9. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah s.w.t sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad s.a.w.

10. Barangsiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Allah s.w.t akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika ia hendak marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.

Ahad, 30 Oktober 2011

Syurga bersama Suami & Isteri..


  • Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
  • Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
    Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
  • Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T dengan lelaki daripada ahli syurga.
  • Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang lelaki yang masuk syurga.
  • Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
  • Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
  • Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah S.A.W bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Jumaat, 28 Oktober 2011

5 syarat untuk melakukan maksiat..


Jika kamu ingin melakukan maksiat didunia ini laksanakanlah 5 syaratnya..

1. Jika kamu bermaksiat kepada Allah s.w.t janganlah memakan rezekiNya kerana semua yang ada dibumi ini adalah rezeki Allah s.w.t.

2. Jika kamu bermaksiat kepada Allah s.w.t janganlah tinggal dibumi Allah ini. Fikirkanlah apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal dibumiNya sedangkan kamu melanggar larangaNya.

3. Jika kamu bermaksiat kepada Allah s.w.t carilah tempat yang sunyi yang tidak dapat dilihat 0leh Allah s.w.t. Sedangkan Allah s.w.t itu maha melihat.

4. Jika kamu bermaksiat kepada Allah s.w..t malaikat maut akan datang satu hari nanti dan katakanlah " ketepikan kematian ku dahulu" aku mahu beramal taubat sedangkan ajal itu tiada siapa dapat men0laknya.

5. Jika kamu bermaksiat kepada Allah s.w.t apabila Malaikat Zabaniah datang mengiringimu ke neraka kelak jangan ikutinya sedangkan Malaikat itu menjalankan perintah Allah s.w.t dan tidak mungkin dapat dit0lak.

Rabu, 26 Oktober 2011

Berbicara denganMu



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi 
hamba-hambaMu.
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku
ada dan di setiap tempat aku berada.
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam
hati ini.
Walau aku tahu Engkau sangat memahami dan
mengetahui segala sesuatu.
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu.
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku 
daripada diriku sendiri.
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada  
urat leherku sendiri.

Ya Allah, sudilah pandang aku
Ya Allah, izinkan aku menghadapMu berulang kali 
sehingga ke akhir hayatku.
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang 
kelam, dan tidak berseri.
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku 
berkeluh kesah.
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku 
melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu.
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara 
untuk aku mencari bekalan sebanyaknya.

Namun, di saat ini aku hadir untuk 
menghadapMu.
Bersama d0sa dan n0da yang tidak terhitung 
banyaknya.
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu.
Dan tertipu dengan dunia serta g0daan syaitan.
Ya Allah, pandanglah aku dengan kasih 
sayangMu.
Pandanglah aku dengan keampunanMu.
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan 
redhaMu.
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu 
dan aku takut nerakaMu.
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Allah, seandainya di saat ini Engkau 
menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan 
denganMu?
Sudikah Kau menerima hambaMu yang 
hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu?
Di tangan Kanan atau Kirikah aku terima
buku amalan dariMu?
Hitamkah wajahku bila berhadapan 
denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk 
menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan 
malu denganMu?
Ya Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu.
Kerana banyaknya d0sa aku terhadapMu.
Ya Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran 
dunia ini.
Inginku buang jauh duniaku yang melalaikan.
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap 
mengulangi kesilapan terhadapMu.
Kekadang aku terlupa, kekadang aku sengaja.

Aku takut padaMu Ya Allah tapi kenapa aku seringkali 
mengulangi d0sa-d0sa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan 
hidup matiku hanya untukMu.
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa 
rasa berd0sa.
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan 
azabMu.
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa
tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg 
sebenarnya.
tidak layak melakukan sebegitu.
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang 
untuk aku kembali padaMu.
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba 
untuk kembali padaMu.
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh 
dengan hitam dan n0da.
Apakah yang mampu aku persembahkan di 
hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman 
yang Engkau beri.
kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Ya Allah, aku mem0h0n kepadaMu..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Ya Allah, terimalah taubatku.
Agar bercahaya wajahku dengan nurMu bila saat 
bertemu denganMu.
Ya Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke syurga FirdausMu...

Ya Allah Ya Rahman, pegang eratlah hati ini agar 
sentiasa aku rasa dekat denganMu.
Aku harap Engkau terima amalku untuk aku 
persembahkan di hadapanMu kelak.
Ya Allah, dengarkanlah rintihan dan permohonan 
hatiku ini.
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat 
aku dipanggil pulang menghadapMu.

Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna 
mencintaiMu.
Ya Allah Ya Rahim Perkenankanlah d0a permintaan 
hambamu ini. 

Sabtu, 22 Oktober 2011

Neraka Allah S.W.T


Renungan..
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan asalnya kejadian api di dunia ni. Setelah Nabi Adam dihantar ke bumi kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah s.w.t telah memerintahkan Jibril supaya mengambil api dari Neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s..

Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada Malaikat penjaga api Neraka iaitu Zabaniah.. 
Jibril : "Wahai Zabaniah, aku diperintahkan untuk mengambil sedikit api Neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s."
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : Sebesar Kurma..
Zabaniah : Kalau sebesar Kurma api Neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi sebab kepanasanya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma..
Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api Neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada sesuatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril pun mengadap Allah s.w.t untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia.. Allah s.w.t pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di Syurga dan sebanyak 70 buah sungai.. (70 x 70)
Selepas itu Jibril pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh (cair) maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api Neraka tersebut dan dihantar semula ke Neraka. Hanya sisa-sisanya sahajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan sebagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi..
Pengajaran..
Bayangkanlah kepanasan api Neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 kali celup setiap sungai hanya sisa-sisanya sahaja yang ada di bumi ini, namun kita tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api Neraka itu sendiri.. 
SubhanAllah..SubhanAllah..SubhanAllah..

Rasulullah s.a.w bersabda..
"Sesungguhnya 0rang yang paling aku kasihi di sisiku ialah se0rang mukmn yang keadannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan s0lat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam." (Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi..
"Sesungguhnya 0rang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku dihari Kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan 0rang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari Kiamat ialah 0rang yang banyak bercakap, s0mb0ng dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya." 
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi..
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah s.w.t selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah s.w.t menerima taubatnya."(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi..
"Ingatlah kepada Allah s.w.t dengan masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susahmu." 
(Al-Hadith)


Astaghfirullahal'adziim.. Astaghfirullahal'adziim.. Astaghfirullahal'adziim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Ampunilah d0sa-d0sa  hambamu ini.. Ampunilah d0sa kami, d0sa kedua ibu bapa kami, d0sa-d0sa sekalian manusia yang beriman kepada Mu Ya Allah sama ada besar atau kecil. D0sa-d0sa yang lalu dan d0sa-d0sa kami yang akan datang. Tak sanggup kami masuk ke neraka Mu Ya Allah apinya yang teramat panas betapa sakitnya, pedih dan derita tiada penghujungnya.. Semoga mati kami di dalam RahmatMu dan Kasih SayangMu Ya Allah, dan diampuni d0sa-d0sa kami. Kami bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya..
Amin ya rabbal alamin..


Maksudnya : "Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah beriman, 0leh itu ampunkanlah d0sa-d0sa kami dari azab neraka."



Maksudnya : "Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan 0rang-0rang yang zalim itu tidak akan ber0leh se0rang pen0l0ng pun."

Perbanyakanlah membaca d0a ini selepas selesai setiap kali s0lat. InsyaAllah akan diampunkan Allah s.w.t, kerana Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. Namun jika d0sa itu ada kaitan dengan manusia seperti fitnah dan sebagainya, perlulah meminta maaf daripada 0rang yang berkenaan disamping mem0h0n keampunan Allah s.w.t.

iBLis YanG MeNdERhAKAi Allah S.W.T



Dalam sebuah kitab karangan Iman Al-Ghazali menyebut bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai Al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama. 
Pada langit yang keduanya disebut Az-Zahid. 
Pada langit ketiga, namanya disebut Al-Arif.
 Pada langit keempat namanya adalah Al-Wali.
Pada langit kelima namanya disebut At-Taqi.
Pada langit keenam namanya disebut Al-Kazin.
Pada langit ketujuh namanya Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusanya. Maka Allah s.w.t telah memerintahkan sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata "Adakah engkau (Allah s.w.t) mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah s.w.t berfirman yang maksudnya :
"Aku membuat apa yang aku kehendaki."

Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan s0mb0ng.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keenggannya.

Kemudian Allah s.w.t merubahkan mukanya pada asalnya yang indah cemerlang kepada bentuk babi hutan. Allah s.w.t membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang men0nj0l di atas punggungnya, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak 7 helai.

Wallahu'alam...

Setelah itu, Allah s.w.t mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t melaknatinya sehingga ke hari Kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai empat sayap, banyak ilmu, banyak ibadat serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya kerana iblis telah menderhaka kepada Allah s.w.t..
Permintaan iblis yang terakhir pada Allah s.w.t adalah ingin hidup di bumi sehingga hari Kiamat    dan berjanji akan menyesatkan Anak-anak Adam.

Untuk melindungi diri dari gangguan iblis, amalkanlah bacaan Ayat Kursi pada pagi dan petang selepas s0lat fardhu..amalkanlah surah 3 kul..


GaMbaRan HaRi KiaMat

.

Selepas malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakan telinga, seluruh malaikat mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri..
  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman Mafhumnya "Kepunyaan Siapakah Kerajaan Hari Ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungaNya "Kepunyaan Allah s.w.t yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukan Kebesaran dan KeagungaNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal hidup, (tidak mati)
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s dihidupkan, seterusnya meniup Sangkakala untuk kali ke - 2, Lantas seluruh makhlik hidup semula diatas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama padang Arafah)yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada dihujung tulang belakang meraka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia jin dan binatang ke tempat perhimpunan Besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amalan) berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak d0sa). Ketika itu Ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, Matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah hura-hara yang amat dasyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dasyat, lalu turunlah Malaikat sambil bertasbih kepada Allah s.w.t. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz Malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian Matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal diatas kepala mereka. Ulamak berkata jika matahari naik dibumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar. Bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.  Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w bernama Al-Kausar yang menganduni air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. 0rang bukan mukmin akan dihalau 0leh Malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. K0lam ini berbentuk segi empat tepat sebesar 1 bulan perjalanan. Bau air k0lam ini lebih harum dari Kasturi. Warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari Syurga.
  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 g0l0ngan yang mendapat teduhan dari Arasy.
  • Mereka adalah :
  1. Pemimpin yang adil.
  2. 0rang muda yang taat kepada perintah Allah s.w.t.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua 0rang yang bertemu kerana Allah s.w.t dan berpisah kerana Allah s.w.t
  5. Lelaki yang diajak 0leh wanita berzina, tetapi dia men0lak dengan berkata "Aku takut pada Allah s.w.t"
  6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui 0rang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah s.w.t lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah s.w.t..

  • 0leh kerana tersangat lama menunggu di Padang Mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan Para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi  usha mereka gagal kerana Nabi a.s menyatakan beliau juga melakukan kesalahan dengan Allah s.w.t. Maka kumpulan besar itu kemudian berjumpa Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. Jarak masa antara satu Nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  • Lalu berd0alah baginda Nabi Muhammad s.a.w ke hadrat Allah s.w.t. Lalu diperkenankan d0a baginda.
  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul 0leh 8 0rang Malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
  • Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul 0leh 4 Malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan Malaikat didalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak dihadapan Arasy yang dipikul 0leh 4 Malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singahsana yang terletak dihadapan istana.
  • Seluruh makhluk pun menundukan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis 0leh Malaikat hafazah/Raqib dan Atid/Kiraman Katibin.
  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. 0rang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka sendiri untuk dibezakan.
  • Umat yang pertama kali dihisap adalah umat Nabi Muhammad s.a.w, dan amalan yang pertama kali dihisap adalah S0LAT. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  • Apabila tiba giliran sese0rang hendak dihisab amalanya Malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi 0rang Mukmin dan dengan tangan kiri jika 0rang bukan Mukmin.
  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan  1 Neraca Timbangan. Saiznya amat besar mempunyai 1 tiang yang mempunyai lidah dan dua daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang d0sa.
  • Acara ini disaksikan 0leh Nabi Muhammad s.a.w dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  • Perkara pertama yang diminta ialah islam. Jika dia bukan islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  • Ketika dihisab mulut manusia akan dipatri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada d0lak dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili 0leh Allah s.w.t dengan Maha Bijaksana.
  • Setelah amalan ditimbang, Makhmah Mahsyar dibuka kepada 0rang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuashati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  • Syafaat Nabi Muhammad s.a.w di akhirat :
  1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  2. Memasukan manusia ke dalam Syurga tanpa hisab.
  3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai Iman sebesar Zarah dari Neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah s.w.t..
  • Para Nabi dan Rasul serta g0longan khawas juga diberikan izin 0leh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap se0rang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 0rang yang lain.
  • Setelah berjaya dihisab, manusia akan berjalan menuju ke syurga melintasi jambatan sirat. siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang dibentang dibawahnya Neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah 7 dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi 0rang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun, 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang k0rban, dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh kedalamnya.
  • Para Malaikat berdiri dikanan dan kiri Sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu, Setiap 1000 0rang yang meniti Sirat, hanya se0rang yang berjaya melepasinya. 999 0rang akan terjatuh kedalam Neraka.
  • Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat." Sesungguhnya apabila matinya se0rang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawa bersamanya :
  1. Sedekah, Amal jariahnya.
  2. D0a anak-anak yang s0leh.
  3. Ilmu yang bermanafaat yang disampaikan kepada 0rang lain.
Dipetik dari : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasi0nal.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Sujud..


Pada waktu sujud, kita berada hampir dengan Allah s.w.t. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakan zikir dan d0a didalamnya..

Sabda Rasulullah s.a.w .."Suasana yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah s.w.t  ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakan d0a didalamnya." Banyak d0a yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w  untuk kita amalkan.. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah d0a yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam s0lat.. "Ya Allah, Tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman  yang benar, ilmu yang bermanafaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar." Semoga dengan mengamalkan d0a itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan d0a di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud :
" Tidak ada seorang pun umatku melaikan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat."


Mendengar itu para sahabat bertannya : " 
Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khlayak ramai wahai Rasulullah s.a.w?"

Jawab baginda : " Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seek0r kuda yang amat hitam, sedang didalamnya pula terdapat seek0r kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"


Sahabat Menjawab : "Bahkan !"
Rasulullah s.a.w menyambung : "Kerana sesungguhnya papa hari itu (kiamat)
muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (didunia),
segala angg0ta mereka (terutama anggota wudhu)
putih berseri-seri oleh chaya wudhu."


Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Apabila Allah s.w.t hendak
melimpahkan rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia (Allah s.w.t)
memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah s.w.t, lalu mereka dikeluarkan dan  mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka),
di mana Allah s.w.t menegah nereka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah s.w.t memuliakan hamba-Nya yang bersujud.) 0rang yang sentiasa sujud mendapat keistimewaanya apatah lagi didalam sujud itu kita penuhi dengan berd0a kepada-Nya.
Sem0ga kita menjadi 0rang-0rang yang sentiasa mendapat keberkatan dan keampunan dari-Nya..


Ammin..Ya Allah



Jumaat, 7 Oktober 2011

Khasiat Surah Al Waqi'ah (ayat 1 - 49)


Sheikh Mishary Rashid Al Afasy

SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Meraka yang membacanya sebagai wirid,insyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar,insyaAllah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : " Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya
  • Bila dibaca 14 kali setiap selesai solat asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi'ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam jumaat berikutnya, pada malam jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat isyak bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. InsyaAllah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika ditulis,kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, insyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As'Syeikh Abi'l Abbas katanya :-
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi'ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari jumaat berakhir pada hari khamis. puasanya "tidak memakan sesuatu yang bernyawa/tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca Surah Al-Waqi'ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat fardhu Subuh pada hari jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi'ah itu pada setelah fardhu isyak pada jumaat berikutnya.
  • Pada malam jumaat terakhir ini hendaklah Surah Al- Waqi'ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.