Jumaat, 7 Oktober 2011

Khasiat Surah Al Waqi'ah (ayat 1 - 49)


Sheikh Mishary Rashid Al Afasy

SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Meraka yang membacanya sebagai wirid,insyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar,insyaAllah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : " Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya
  • Bila dibaca 14 kali setiap selesai solat asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi'ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam jumaat berikutnya, pada malam jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat isyak bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. InsyaAllah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika ditulis,kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, insyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As'Syeikh Abi'l Abbas katanya :-
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi'ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari jumaat berakhir pada hari khamis. puasanya "tidak memakan sesuatu yang bernyawa/tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca Surah Al-Waqi'ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat fardhu Subuh pada hari jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi'ah itu pada setelah fardhu isyak pada jumaat berikutnya.
  • Pada malam jumaat terakhir ini hendaklah Surah Al- Waqi'ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

1 ulasan:

  1. terima kasih dengan informasi yg diberikan... surah amalan harian.. =)

    BalasPadam