Rabu, 26 Oktober 2011

Berbicara denganMu



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi 
hamba-hambaMu.
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku
ada dan di setiap tempat aku berada.
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam
hati ini.
Walau aku tahu Engkau sangat memahami dan
mengetahui segala sesuatu.
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu.
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku 
daripada diriku sendiri.
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada  
urat leherku sendiri.

Ya Allah, sudilah pandang aku
Ya Allah, izinkan aku menghadapMu berulang kali 
sehingga ke akhir hayatku.
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang 
kelam, dan tidak berseri.
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku 
berkeluh kesah.
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku 
melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu.
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara 
untuk aku mencari bekalan sebanyaknya.

Namun, di saat ini aku hadir untuk 
menghadapMu.
Bersama d0sa dan n0da yang tidak terhitung 
banyaknya.
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu.
Dan tertipu dengan dunia serta g0daan syaitan.
Ya Allah, pandanglah aku dengan kasih 
sayangMu.
Pandanglah aku dengan keampunanMu.
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan 
redhaMu.
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu 
dan aku takut nerakaMu.
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Allah, seandainya di saat ini Engkau 
menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan 
denganMu?
Sudikah Kau menerima hambaMu yang 
hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu?
Di tangan Kanan atau Kirikah aku terima
buku amalan dariMu?
Hitamkah wajahku bila berhadapan 
denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk 
menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan 
malu denganMu?
Ya Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu.
Kerana banyaknya d0sa aku terhadapMu.
Ya Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran 
dunia ini.
Inginku buang jauh duniaku yang melalaikan.
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap 
mengulangi kesilapan terhadapMu.
Kekadang aku terlupa, kekadang aku sengaja.

Aku takut padaMu Ya Allah tapi kenapa aku seringkali 
mengulangi d0sa-d0sa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan 
hidup matiku hanya untukMu.
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa 
rasa berd0sa.
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan 
azabMu.
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa
tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg 
sebenarnya.
tidak layak melakukan sebegitu.
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang 
untuk aku kembali padaMu.
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba 
untuk kembali padaMu.
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh 
dengan hitam dan n0da.
Apakah yang mampu aku persembahkan di 
hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman 
yang Engkau beri.
kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Ya Allah, aku mem0h0n kepadaMu..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Ya Allah, terimalah taubatku.
Agar bercahaya wajahku dengan nurMu bila saat 
bertemu denganMu.
Ya Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke syurga FirdausMu...

Ya Allah Ya Rahman, pegang eratlah hati ini agar 
sentiasa aku rasa dekat denganMu.
Aku harap Engkau terima amalku untuk aku 
persembahkan di hadapanMu kelak.
Ya Allah, dengarkanlah rintihan dan permohonan 
hatiku ini.
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat 
aku dipanggil pulang menghadapMu.

Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna 
mencintaiMu.
Ya Allah Ya Rahim Perkenankanlah d0a permintaan 
hambamu ini. 

3 ulasan: