Khamis, 6 Oktober 2011

SuRah AL- iKhLaS



1. KatakanLah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa."
2. Allah Adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.
3. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakKan.
4. Dan tidak ada se0rang pun yang setara dengan Dia. 
(ayat : 122)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada isteri baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, Khatamlah dulu Al-Quran". Siti Aisyah lalu berkata, 
"Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu". 
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangdiapa yang membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhanya". 
Dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.. "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah s.w.t akan memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barangsiapa yang membacanya dan mengamalkan dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan dari kesusahan dunia, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat nanti."

4 ulasan: